Friday, January 1, 2010

Again?

Seronoknya Akak Azi sebab semalam Akak Azi dan keluarga dapat pergi petik buah strawberry lagi. Pada awal pagi cuaca sangat sejuk, tapi apabila menjelang tengah hari cuaca mula panas.


Akak Azi sempat berposing di depan bangunan universiti abah sebelum bertolak (Massey University)

Akak Azi puas makan buah strawberry. Buah strawberry di New Zealand sangat manis dan sedap, harganya murah ketika musim summer. Paling best sebab kami boleh ke ladang strawberry dan boleh pilih sendiri buah strawberry yang kita suka.



Gambar-gambar Akak Azi sedang pilih buah strawberry untuk dimakan

Dulu Akak Azi pernah juga petik buah epal di sini, tapi pokok epal tinggi tak macam pokok strawberry yang rendah dan comel macam buah strawberry.




Ni gambar-gambar Akak Azi di ladang tersebut

1 comment: