Friday, December 25, 2009

Laluan Ke Sekolah


Pinehill School, Akak Azi bersekolah di sini

Pada waktu pagi, Akak Azi dan Kakak Mizah akan ke sekolah dengan abah naik kereta. Pulang dari sekolah pula ibu akan ambil dengan berjalan kaki.

Masa ni Anis dan ibu dan ambil Akak Azi dari sekolah
Inilah laluan yang kami perlu lalui, nampak tak kawsan rumah kami?

Cuaca kadang-kadang panas, kadang-kadang sejuk

Rumah Akak Azi dengan sekolah tak berapa jauh, dalam 400 meter sahaja. Akak Azi seronok berjalan kaki sebab dapat lihat bunga-bunga di tepi jalan dan macam-macam perangai serta gelagat orang di atas jalan raya.

Rindunya Akak Azi pada cikgu-cikgu dan kawan-kawan
Ini ialah depan kelas Akak Azi

Sekarang tengah cuti sekolah. Akak AZi rindu pada kawan-kawan dan cikgu Akak Azi. Setiap hari Akak Azi tanya bila nak naik sekolah. Akak Azi juga rindu nak main playground di sekolah dan bermain pasir dengan kawan-kawan.

Gambar ini diambil pada hari terakhir Akak Azi ke sekolah bagi tahun 2009 (17 Disember 2009)

Sunday, December 20, 2009

Look At Me!

Azi paling suka main playground dan memanjat. Akak Azi juga mudah mendapat kawan dan pandai bawa diri sendiri.

Satu perkara lagi mengenai Akak Azi ni, Akak Azi merupakan seorang yang sangat lasak. Badan Akak Azi lembut dan boleh lentur... "Look! I can stand with my two hands".
Azi walaupun sangat berdikari tapi selalu minta tidur dengan ibu dan abah. Azi sayang semua orang....
Akak Azi tolong ibu cari cockles

Wednesday, December 16, 2009

Bertukar Tuan

Sekarang blog ini bertukar tuan dari Kakak Mizah ke Akak Azi. Gambar-gambar di bawah ini semasa Akak Azi di Malaysia dulu. Akak Azi rindu sangat nak jalan-jalan bersama saudara mara dan makan di restoran. Di sini semua barang makanan mahal, sebab itu kami tak boleh makan di luar.

Sepupu-sepupu kami(sebelah ibu), kakak Mizah kena jadi photographer
Kereta ini boleh terbang tau, masa ni kami di Danga Bay Johor Bahru
Seronoknya dapat main kereta ni.
Kami pandai panjat pokok tau.. bersama Balkis ketika di rumah Tok Yah
Toot.. toot... keretapi nak lalu
Sempat bermain di Tesco Taman Rinting
Majlis perkahwinan Pak Dak dan Mak Dak... meriah sangat
Di rumah kami di Kuantan, bergambar sebelum pergi ke kedai bersama ibu
Masa ini kami di Hotel Grand Season KL
Bersama Abby dan Ucu Iki di rumah Tok Mak
Masa ini kami di Zoo Negara
Kami seronok melihat binatang-binatang di Zoo Negara

Tuesday, December 1, 2009

Pemotong Kayu Yang Jujur.

Tersebutlah kisah nun jauh di pedalaman, tinggalnya seorang pemotong kayu yang tua dan miskin. Adapun kemampuannya hanyalah mencari rezeki dengan menebang pokok yang sederhana besarnya untuk dijual sebagai kayu api. Hanya isterinyalah peneman hidup saban hari tanpa dikurniakan anak.

Dijadikan cerita, takdirnya pada suatu pagi.......

Pergilah si tua tersebut jauh ke hutan untuk menebang pokok untuk dibuat kayu api. Tidak seperti kebiasaannya, kali ini si isteri tidak dapat menemani si suami kerana sakit.

Maka ke hutanlah si tua seorangan awal pagi sebelum terbit mentari untuk mencari kayu api. Seharianlah si tua menebang pokok dengan kapak besinya yang telah uzur seuzur usianya.... Sehinggalah kepenatan tidak jua dia berhenti.....

Tiba-tiba... genggamannya semakin lemah lalu terlepas kapak kesayangan dari tangannya lalu tercebur kedalam sungai yg dalam. Menangis sayulah si tua kerana kehilangan kapak yang menjadi punca rezeki... hendak terjun mencari takut disambar arus... meratap lah ia mengenangkan nasib...

Maka...bersimpatilah pari-pari dilangit melihat kegundahan si tua tersebut.... lalu turunlah ia bertanya... "wahai orang tua... kenapa bersedih hati"...

Dengan nada perasaan takut dan terkejut diperamati benar-benar, maka tahulah dia si pari-pari telah turun kebumi menyapakan....lalu diceritakan apa yang berlaku...

"Baiklah..akan kubantu mencari kapak engkau yang tenggelam"... lalu dengan serta merta terjunlah si pari-pari ke dalam sungai.... selang beberapa minit timbul lah kembali si paripari sambil mebawa kapak emas lalu dihulur kepada situa.... Dengan sedih jawab situa "..bukan..ini bukan kepunyaan hamba...tidak mampu hamba memiliki kapak emas ini"....

Lalu terjunlah sekali lagi si pari-pari ke dalam sungai dan timbul kembali bersama kapak perak. Tidak jua mengaku si tua kerana itu bukan kapak miliknya. Sekali lagi si pari-pari terjun lalu membawa pula kapak gangsa. Tidak juga si tua itu menerimanya sehinggalah si pari-pari membawakannya kapak besi yang uzur.

Maka apabila terpandang akan kapak itu...giranglah hatinya kerana itulah kapak miliknya. Lalu si pari-pari menyerahkan kapak tersebut kepada si tua. Sebagai balasan kejujuranya kapak emas, perak dan gangsa turut dihadiahkan.

Pulanglah si tua dengan hati yang gembira. Sesampainya ke rumah lalu diceritakan kepada isterinya apa yang berlaku. Si isteri turut bergembira dengan kejujuran suaminya.

Keesokan harinya isteri si tua itupun sihat...

http://ceritakanak2.blogspot.com/

Monday, October 5, 2009

Story: kawan baru

Najwa:Hi mizah. Awak darjah 2 kan.

Mizah: Hi saya darjah dua.

Mizah: Jom lah main lompat-lompat.

Najwa: Mizah sakit tak masa awak jatuh.

Mizah: Sakit.

All: tanak lah main tu lagi. :-)

Salam

Ini blog saya versi Bahasa Melayu