Wednesday, April 14, 2010

Haka New Zealand



Black clothe is NZ People

Went NZ people play rugby. They always do haka.
I got this youtube for you to watch what is haka dance look like:



Monday, March 22, 2010

Congratulations!!!!!!!!!!

Mereka yang bertuah..........

Cabutan oleh Kakak Mizah...
Pink Butterfly

Cabutan oleh adik Anis:
Sis Maiyah
Syuhada

Cabutan oleh Akak Azi:
Ch@


Tahniah buat peserta, pada yang tidak terpilih jangan bersedih, Insya Allah kalau ada rezeki kami akan buat lagi giveaway ini...tungggguuuuuu...

p/s: kepada yang bertuah sila emelkan nama, alamat dan no. telefon anda di radinsah@gmail.com.

Wednesday, February 10, 2010

Watch Me!!!

Selalunya pada waktu petang abah dan ibu selalu bawa kami bermain di playground kawasan rumah kami. Playground ini kecil sahaja, Azi dan Kakak Mizah selalu berebut nak main buai.


Hampir setiap petang Azi dan Kakak Mizah bermain dalam swimming pool. Kolamnya sangat dalam. Sekarang Azi dan Kakak Mizah sedang belajar berenang di Hilton Browns Bay Swimming Class. Azi seronok sangat sebab cikgu yang mengajar kami berenang sangat baik dan ramah. Bila dah pandai nanti bolehlah Azi berenang dalam kolam yang dalam.

Sunday, January 24, 2010

Keropok Time!!!

Dah lama Akak Azi tak makan keropok lekor since 11 bulan yang lalu. Impian Akak Azi nak makan keropok kini tercapai setelah ibu dan auntie-auntie yang baik hati tolong buatkan kami semua keropok lekor.

Sementara menunggu keropok lekor siap, Akak Azi main ini dulu.

Rasanya sangat sedap dan quite similar dengan keropok lekor di Malaysia. Rasa tak puas, macam nak makan lagi. Akak Azi harap akan datang Akak Azi dapat makan keropok ini lagi di sini. Buat Pokde (Uncle Sukor), nanti bolehlah ajak abah pancing ikan sama-sama, bila dapat banyak ikan nanti bolehlah buat keropok lekor lagi banyak-banyak.
Ikan-ikan yang Pokde tangkap.
Nyum-nyum, sedapppp

Friday, January 1, 2010

Again?

Seronoknya Akak Azi sebab semalam Akak Azi dan keluarga dapat pergi petik buah strawberry lagi. Pada awal pagi cuaca sangat sejuk, tapi apabila menjelang tengah hari cuaca mula panas.


Akak Azi sempat berposing di depan bangunan universiti abah sebelum bertolak (Massey University)

Akak Azi puas makan buah strawberry. Buah strawberry di New Zealand sangat manis dan sedap, harganya murah ketika musim summer. Paling best sebab kami boleh ke ladang strawberry dan boleh pilih sendiri buah strawberry yang kita suka.



Gambar-gambar Akak Azi sedang pilih buah strawberry untuk dimakan

Dulu Akak Azi pernah juga petik buah epal di sini, tapi pokok epal tinggi tak macam pokok strawberry yang rendah dan comel macam buah strawberry.




Ni gambar-gambar Akak Azi di ladang tersebut