Sunday, January 24, 2010

Keropok Time!!!

Dah lama Akak Azi tak makan keropok lekor since 11 bulan yang lalu. Impian Akak Azi nak makan keropok kini tercapai setelah ibu dan auntie-auntie yang baik hati tolong buatkan kami semua keropok lekor.

Sementara menunggu keropok lekor siap, Akak Azi main ini dulu.

Rasanya sangat sedap dan quite similar dengan keropok lekor di Malaysia. Rasa tak puas, macam nak makan lagi. Akak Azi harap akan datang Akak Azi dapat makan keropok ini lagi di sini. Buat Pokde (Uncle Sukor), nanti bolehlah ajak abah pancing ikan sama-sama, bila dapat banyak ikan nanti bolehlah buat keropok lekor lagi banyak-banyak.
Ikan-ikan yang Pokde tangkap.
Nyum-nyum, sedapppp

Friday, January 1, 2010

Again?

Seronoknya Akak Azi sebab semalam Akak Azi dan keluarga dapat pergi petik buah strawberry lagi. Pada awal pagi cuaca sangat sejuk, tapi apabila menjelang tengah hari cuaca mula panas.


Akak Azi sempat berposing di depan bangunan universiti abah sebelum bertolak (Massey University)

Akak Azi puas makan buah strawberry. Buah strawberry di New Zealand sangat manis dan sedap, harganya murah ketika musim summer. Paling best sebab kami boleh ke ladang strawberry dan boleh pilih sendiri buah strawberry yang kita suka.



Gambar-gambar Akak Azi sedang pilih buah strawberry untuk dimakan

Dulu Akak Azi pernah juga petik buah epal di sini, tapi pokok epal tinggi tak macam pokok strawberry yang rendah dan comel macam buah strawberry.




Ni gambar-gambar Akak Azi di ladang tersebut